dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Open Day Gunung Semanggol

24 September 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2017, PI Gunung Semanggol telah mengadakan hari terbuka dan hari bertemu komuniti dengan kerjasama Komuniti 1 Malaysia. Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan PI kepada komuniti penduduk semanggol dan penduduk kampung terdekat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sham bin Mat Sahat Adun Alor Pongsu. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, Speed typing challenge, Kahoot challenge, bengkel keusahawanan dan pemeriksaan kesihatan (Kospen). Pengungjung-pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disampaikan oleh YB Dato' Sham Bin Mat Sahat.

Aktiviti yang diadakan ini adalah untuk memupuk semangat di kalangan pelajar-pelajar dan ibu bapa dalam memenangi setiap pertandingan yang mereka sertai. Kami juga mengutamakan aktiviti taklimat keusahawanan untuk meningkatkan semangat usahawan-usahawan dalam menceburi bidang perniagaan atas talian.

Pengunjung-pengunjung juga diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak dan E-Waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.