dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal (Penjana)

21 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Bagi para ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yang dipanggil Pelan Jana Ekonomi (PENJANA).

Salah satu insentif yang telah diumumkan di dalam PENJANA ialah pemberian wang tunai one-off kepada ibu tunggal di Malaysia sebanyak RM300. Pemberian bantuan ini diharap mampu memberikan kelegaan kepada ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Pemberian bantuan ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Bagi ibu tunggal yang berminat untuk memohon, mereka perlu mempunyai akaun email Gmail. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Oktober 2020.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.