Kelas Pengenalan Komputer & Microsoft Office
11 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2017 telah diadakan kelas pengenalan awal komputer dan juga microsoft excel. Kelas ini dihadiri seramai 3 orang ahli PI. Mereka telah diajar berkenaan hardware komputer serta software komputer. Microsoft office pula kami tekankan kepada penggunaan power point, word dan juga excel.
Dengan menggunakan Microsoft word mereka diberi latihan cara untuk menentukan style font dan juga size dalam penulisan surat. Microsoft excel pula mereka telah diajar bagaimana untuk mengunakan formula yang ada untuk menghasilkan pengiraan dengan lebih cepat dan juga mereka diberi latihan untuk menghasilkan jadual waktu harian dengan menggunakan excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: