Pendidikan
SK TEBUK PANCUR
Sekolah Kebangsaan Tebuk Panchur telah dibuka pada bulan Januari 1956. Pada peringkat awal bilangan murid adalah lebih kurang 56 orang sahaja dan guru seramai 7 orang termasuk Guru Besar. Tapak asal bangunan sekolah telah dibina di atas tanah milik Jabatan parit dan saliran. Kemudian satu tapak baru telah dipohon dan akhirnya diluluskan bersebelahan dengan tapak yang asal. Satu bangunan dua tingkat telah dibina dengan kos sebanyak RM 100,000.00. Seterusnya pada tahun 80an satu lagi bangunan telah diluluskan dan dibina secara gotong-royong bersama PPD, PIBG dan penduduk setempat.Satu bangunan untuk aktiviti kokurikulum juga telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM 60,000 telah diluluskan dan dibina oleh jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1992. Bilangan murid mula bertambah dengan bertambahnya penduduk disekitarnya. Bilangan murid sekarang ini seramai 365 orang dan jumlah guru seramai 31 orang.
SK SAMA GAGAH
SK Sama Gagah telah diasaskan pada tahun 1880. Pada mulanya ia terdiri daripada sebuah bangunan sementara yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Pada tahun 1885, sebuah bangunan sekolah telah didirikan oleh kerajaan yang mengandungi dua bilik darjah dan sebuah rumah guru yang ditandakan dengan nombor daftar PWD 365 dan PWD 464. Kedua-dua bangunan tersebut dibina daripada kayu dan didirikan di kawasan sawah padi.
Nama sekolah ini dinamakan sempena dengan nama sebuah kampung di mana ianya didirikan iaitu Kampung Sama Gagah. Sekolah ini terletak dalam mukim Selinsing, Daerah Kerian, Perak. Sekolah Kebangsaan Sama Gagah dikelilingi oleh empat buah kampung utama iaitu Kampung Sama Gagah, Kampung Lubuk Buntar, Kampung Tebuk Haji Dollah dan Kampung Telok.
Pada tahun 1969, sebuah bangunan separuh kekal telah didaftarkan sebagai PWD 931 telah dibina oleh kerajaan yang mengandungi 4 buah bilik darjah bagi menggantikan bangunan lama. Fungsinya sekarang diubah sebagai Dewan Sekolah yang diberi nama Dewan Cempakasari. Pada tahun 1981, Kementerian Pelajaran telah membina sebuah kantin di atas tapak bangunan PWD 464 dan PWD 365.
Dalam tahun 1982 pula, kerajaan telah mendirikan 2 buah bangunan kekal dua tingkat berukuran 160 kaki x 25 kaki dan berukuran 120 kaki x 25 kaki yang bernilai RM 885 000.00. Bangunan ini lengkap dengan kemudahan seperti berikut:-
- 8 Bilik Darjah
- 1 Bilik Guru
- 1 Pejabat
- 1 Pusat Sumber
- 2 Bilik Tandas Guru dan Murid
- Kawasan sekolah yang berpagar
- 1 Surau
- 1 Bilik RTV
- 4 Buah Stor
- 1 Bilik Wudhuk
Keluasan kawasan sekolah dan padang pada masa sekarang adalah seluas 3 ekar 1 rod 36.832 pol. Pada tahun 2002, sebuah bangunan yang berfungsi sebaga astaka dn juga pondok bacaan telah didirikan berhampiran padang sekolah. Pada pertengahan 2003, bangunan makmal komputer telah siap dibina. Makmal komputer tersebut dibekalkan dengan 13 buah komputer. Akses internet pada awalnya sangat tidak memuaskan tetapi bertambah baik sekarang.
Pendapatan purata waris atau penjaga murid-murid sekolah ini adalah dalam lingkungan RM150 hingga RM450. Tahap pendidikan ibu bapa juga adalah rendah dan kemudahan carian ilmu seperti pusat tuisyen dan kedai buku atau majalah langsung tiada. namun ilmu mesti dicari dan dikuasai, kemajuan mesti dikecapi dan hidup mesti diteruskan maka SK Sama Gagah akan turut sama berlari mengejar arus kemajuan kerana murid dan gurunya perlu hebat segagah namanya.
SK KAMPONG TUA
Sekolah Kebangsaaan Kampong Tua yang terawal telah didirikan pada tahun 1915, oleh penduduk kampung yang secara bergotong-royong yang diketui oleh Ketua Kampung, Allahyarham Encik Saidin serta pembantu beliau Encik Kusin dan Guru Besar pertama iaitu Encik Ahmad
Bangunan awal sekolah ini hanyalah berbumbungkan dan berdindingkan atap rumbia serta berlantaikan tanah. Keadaan ini berlarutan hingga tahun 1938 bilamana kerajaan membeli sebidang tanah seluas 3E 3R 35P diatas tapak inilah didirikan satu unit bangunan sekolah (PWD 540) dan tiga unit rumah guru (PWD 541, 542 dan 543). Berikutan pertambahan murid satu unit lagi bangunan dua bilik (JKR 945) telah ditambah pada tahun 1970
Arus perkembangan pendidikan semakin pesat di mana keselesaan dan kecanggihan diperlukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jesteru itu sebuah bangunan sekolah dua tingkat yang baru dan lengkap telah didirikan pula pada tahun 1982. Ia dilengkap dengan enam bilik darjah, satu pusat sumber, satu bilik guru, satu ruang pejabat dan bilik guru besar, dua setor dua bahagian kantin. Ia telah menelan belanja kira-kira 720,000.00. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Bin Ngah Talib ppada 18hb November 1986 Bersamaan 16 Rabiulawwal 1407H
Tahun demi tahun berlalu semalin banyak kemudahan dan kelengkapan baik untuk pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran serta pembangunan fizikal telah dibekalkan. Antaranya ialah televisyen, buku-buku untuk perpustakaan, mesin cetak dan lain-lain lagi. Hasil perkembangan ini Sekolah Kebangsaan Kampong Tua terus memperlihatkan kemajuan prestasi dalam pelbagai bidang, khususnya bidang akademik di mana ia meruoakan sekolah terbaik di dalam peperiksaan UPSR setiap tahun. Hasil daripada itu ramai di kalangan murid sekolah ini melanjutkan pengajian mereka ke asrama penuh dan institusi pengajian tinggi serta berjawatan tinggi di agensi kerajaan dan swasta
PENGASAS SEKOLAH
Pengasas Sekolah Kebangsaan Kampong Tua ialah Ketua Kampung, Kampong Tua sendiri iaitu Allahyarham Encik Saidin dan orang kanan beliau iaitu Encik Kusin. Mereka merupakan di antara peneroka awal kampong ini Oleh kerana kepimpinan mereka yang cemerlang, mereka telah menjadi orang yang paling berpengaruh dan di hormatti oleh anak buah serta pentadbir daerah. Oleh yang demikian, pengembelingan tenaga dan usaha daripada penduduk kampong serta pentadbir daerah telah Berjaya mendirikan sekolah ini pada tahun 1951. Terima kasih di atas jasa mereka dan semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal serta menempatkan mereka di tempat orang-orang yang terpilih. Amin
SJK (C) CHONG WAH
Pada tahun 1930, dari Bukit Wei baru, Bangan Stubbs baru, 10 pelajar tiga Lei Du, Shi Lin ke kawasan-kawasan ini, berkumpul di sebuah rumah kabin kayu, hanya seorang guru dalam menyampaikan ilmu.
Di bawah naungan orang bersemangat, sebuah bangunan sekolah baru pada tahun 1946 dengan jayanya, kerana sekolah adalah mudah, hanya berpuluh-puluh pelajar. Pada tahun 1950, Liang menjadi pengetua presiden ular-ular yang pertama. Liang-ular sekolah sawit utama pada tahun 1960. Presiden Ma Wuhao mengambil alih pada 1960, menjadi presiden kedua. Pada tahun 1962, sekolah ini menjadi sekolah separuh subsidi, dan dinamakan untuk jenis kebangsaan sekolah rendah Cina Cina. perkhidmatan Ma Xiaochang di sekolah itu pada bulan Ogos 1963. Selepas Ma Xiaochang bersara pada Ogos 1963-Julai 1965 tempoh, bahagian dan bahagian Yangchun Lian Lin Chung River menjadi Pemangku Presiden. Dalam tempoh ini, bilangan pelajar telah meningkat, peningkatan pelajar dari lebih 100 kepada lebih daripada 200.
Gan Wan Ling menjadi presiden Presiden kelima sekolah, sekolah tapak tangannya 1965-1977. Di bawah kepimpinan Ganjiao Zhang, PIBG sekolah ini telah ditubuhkan 2 Mac 1974. Pada tahun 1977, Presiden Guo Guode mengambil alih, penambahan perpustakaan sekolah.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, majoriti remaja luar bandar berpindah ke bandar-bandar, bilangan pelajar secara beransur-ansur dikurangkan. Pada masa ini sekolah ini hanya 69 pelajar dan 11 guru. Dalam 69 pelajar, hanya 28 pelajar Cina, selebihnya adalah bukan Cina. Guru dalam pengajaran lebih sukar, dalam pengajaran tanpa pendidikan, guru selepas sekolah untuk pelajar untuk membuat kelas.
Dengan kemajuan dalam teknologi, peralatan sekolah yang diperlukan untuk menubuhkan dan menambah pembaikan perlu bersemangat tentang masyarakat yang terus menyokong pendidikan, mendapati sukar untuk berjaya. Su Yang Love kumpulan anda adalah pendidik bersemangat, yang berkaitan dengan pendidikan, dengan ini memohon bantuan anda di sekolah, jadi sedikit sebanyak, akan dapat untuk menaik taraf kemudahan sekolah, menukar status quo. Dalam hal ini, China berterima kasih rakan-rakan saya di sekolah.
Sekolah ini kepada ditubuhkan Pada Tahun 1930. Murid sekolah ini kepada sakit terdiri daripada lima Kawasan iaitu Gunung Semanggol, Simpang Empat, Sungai Gedong, Simpang Tiga Selinsing dan Kampung Dew. Pada Masa ITU, Hanya mempunyai 10 murid orang dan Seorang guru.
SMK MUDZAFFAR SHAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah atau nama ringkasnya SMK Mudzaffar Shah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Simpang Empat Semanggol.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah memiliki 647 pelajar lelaki dan 666 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1313 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.
Pada 2012,Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah memiliki 1129 orang,dan 102 orang guru terlatih mengikut opsyen masing-masing. SMKMS juga mempunyai 14 orang staf sokongan. Ia mempunyai 2 sesi iaitu pagi dan petang, terbahagi kepada 44 buah kelas.
SMK A KERIAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab atau nama ringkasnya KeRiS TMUA, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kampung Selamat, Simpang Empat, Semanggol, Perak Darul Ridzuan.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian memiliki 313 pelajar lelaki dan 381 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 694 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru. SMKA Kerian mula dibuka pada 1 April 1999 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.Pengetua pertama ialah Tuan Hj Salehuddin.PK Pentadbiran Tn HJ Ahmad Husni dan PK HEM ialah Ustaz Zaradi Sudin.
MAAHAD AL EHYA ASSHARIFF
Pada tahun 1987, Yayasan Al-Ehya Asshariff (ketika itu dikenali sebagai Persatuan Al-Ehya Asshariff) membuka kembali kelas tadika yang mana pada masa dahulu dikenali sebagai kelas DIDIK. Ini memandangkan permintaan dari penduduk setempat yang mahukan pendidikan awal anak-anak mereka di peringkat pra-persekolahan. Menyedari akan hakikat inilah, Ehya telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas tadika dimana pada masa itu belum ada lagi kelas yang seumpama itu diwujudkan di lain-lain tempat.
Pada peringkat permulaan , seramai 20 orang kanak-kanak yang berumur 6 tahun diambil sebagai murid dengan seorang tenaga pengajar. Kelas ini terus mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat walaupun sudah ada beberapa pihak yang turut mewujudkan tadika lain. Setelah berjalan dengan jayanya sekian lama , ada permintaan untuk diwujudkan satu sistem pendidikan alternatif untuk pendidikan sekolah rendah. Memandangkan keperluan dan kemampuan yang ada, maka pada tahun 1994 wujudlah Sekolah Rendah Islam Al-Ehya Asshariff (SRIES) dengan permulaan kelas Tahun 1 seramai 5 orang murid. Tahun-tahun berikutnya , masyarakat memberikan sokongan dengan baik maka ia terus wujud dari Tahun 1 hingga Tahun 6.