Kisah Kejayaan
Celik IT Muhammad Farhan Bin Abdullah
Adik Muhammad Farhan Bin Abdullah merupakan pelajar sekolah Teknik Vokasional Kerian. Beliau seriang menggunakan kemudahan internet dan komputer di Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Semanggol. Walaupun di sekolah beliau sebelum ini ada kemudahan komputer tetapi dari segi mempelajari penggunaan komputer dalam menghasilkan kerja sekolah beliau kurang mahir. Beliau telah mendapatkan tunjuk ajar daripada pengurus Pusat Internet untuk menghasilkan kerja sekolah belau dengan lebih kreatif dan lebih sistematik. Beliau kini mahir dalam penggunaan Microsoft Excel, Power Point dan juga Words.Terutamanya dalam penghasilan Graf dan Bar char. Kini kerja sekolah beliau lebih cepat disiapkan berbanding dahulu dan lebih kreatif.
Celik IT Badrul Amin
Adik Badrul Amin merupakan pelajar Tingkatan 2 sekolah Agama Al Ihya Al Syarif Semanggol. Beliau sebelum ini merupakan seorang pelajar yang sangat pemalu dan kurang bercakap. Beliau kurang menggunakan komputer kerana di sekolah penggunaan komputer bagi pelajar adalah terhad. Setelah beliau menghadirkan diri ke Pusat Internet, beliau kini belajar banyak aplikasi komputer yang tidak pernah beliau tahu. Beliau seorang yang kreatif, tetapi tidak dipraktikkan kerana kurang bergaul dan seriang bersendirian. Dengan adanya Pusat Internet kini beliau mahir dalam menghasilkan presentation menggunakan microsoft power point. Dan beliau diajar bagaimana untuk membuat pembentangan dengan menggunakan slide yang dihasilkan dan hasilnya beliau kini berani untuk bercakap di hadapan orang ramai.beliau sangat suka menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan kini beliau sedang mempelajari cara untuk menghasilkan video.
Usahawan Pembaik Pulih Rumah
Encik Mohd Zairul Hafizi telah menjalankan perniagaan baik pulih rumah di kawasan semanggol sejak dari tahun 2016 lagi. Kini beliau telah meluaskan perniagaan ini di luar kawasan semanggol juga setelah mendapatkan khidmat nasihat daripada PI Gunung Semanggol dengan mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial seperti facebook. kini perniagaan beliau terkenal bukan saja di kawasan semanggol tetapi sudah meluas di sekitar Taiping.
Cakoi Madu
Puan Noor Ain Binti Thahir telah mewarisi perniagaan cakoi madu ini daripada ibu bapa beliau sejak dari 1989 lagi. Cakoi madu ini sangat terkenal di kawasan Taiping dan juga Ipoh. Beliau membuka 2 cawangan iaitu di Ipoh dan juga Taiping. Beliau mengambil tempahan untuk Majlis-majlis seperti perkahwinan, hari jadi, hari raya dan macam-macam lagi. Perniagaan beliau terkenal sampai di Kuala Lumpur sejak beliau membuat promosi di Laman Sosial setelah mendapAt tunjuk ajar daripada PI Gunung Semanggol.
Usahawan Kuih Loyang
Puan Saadiah Binti Saidin berumur 55 tahun merupakan seorang peniaga kuih loyang. Sebelum ini beliau berniaga secara kecil-kecilan tetapi kini perniagaan beliau berkembang dengan adanya ilmu pemasaran melalui media sosial seperti Facebook. Kini perniagaan beliau terkenal dan kini mendapat tempahan di sekitar Taiping dan Ipoh.
Usahawan Keropok Laksa
Cik Noor Syahilah Binti Halidi Berumur 27 tahun merupakan usahawan muda PI Semanggol yang memulakan perniagaan kecil kecilan beliau iaitu keropok laksa. Perniagaan beliau semakin dikenali ramai dengan adanya transformasi marketing yang dipelajari di PI iaitu waktu yang sesuai untuk membuat promosi perniagaan beliau di media sosial. Beliau juga belajar cara untuk membuat sticker produk untuk menarik pelanggan.
Celik IT Muhd Ashraaf Irfan B Sahidan
Muhd Ashraaf Irfan B Sahidan berumur 13 tahun. Beliau menjadi ahli PI sejak December 2016. Sebelum melibatkan diri dengan PI beliau kurang diberikan pendedahan berkenaan penggunaan komputer dan juga internet kerana di rumah beliau tidak mempunyai komputer dan juga disekolah penggunaan komputer diterhadkan oleh pihak sekolah. Setiap minggu beliau akan datang ke pusat internet untuk menghadiri kelas yang diadakan seperti kelas Microsoft Office, Kelas multimedia photoshop, E-learning dan quiz Kahoot. Selepas beberapa bulan menghadiri kelas di Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Semanggol beliau kini lebih mahir dalam penggunaan komputer seperti microsoft office dan juga photoshop. Apa yang kita dapat lihat dari minat beliau ialah beliau minat dalam penghasilan poster dengan menggunakan photoshop.
Usahawan Kad Kahwin Variant
Beliau merupakan seorang usahawan kad kahwin yang berumur 27 tahun. Sejak tubuhnya Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Semanggol, beliau tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan disini. Beliau sering datang ke Pusat Internet untuk menggunakan internet bagi melancarkan kerja-kerja beliau dalam mencari bahan-bahan untuk dibuat kad kahwin seperti gambar-gambar kartun dan macam-macam lagi untuk menghasilkan kad kahwin yang kreatif.
Selain membuat design kad kahwin, beliau juga mengambil upah untuk membuat design menu kedai-kedai makan dan t-shirt. Dengan adanya pusat internet ini tugas beliau menjadi mudah untuk mencari bahan-bahan bagi menghasilkan karya yang terbaik.
Celik IT Encik Zamri Bin Ariffin
Encik Zamri Bin Ariffin merupakan penghulu di Kawasan Gunung Semanggol berumur 44 tahun. Walaupun beliau seorang penghulu kampung, tetapi beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer dan juga internet.Beliau menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Semanggol sejak Februari 2017. Dengan adanya kemudahan yang disediakan di Pusat internet, beliau kini lebih mahir dalam penggunaan komputer. Sejak akhir-akhir ini tugasan beliau memerlukan kegiatan menggunakan komputer untuk mengemaskini portal-portal kampung serta banyak menggunakan e-mail untuk menghantar dokumen-dokuemn yang diperlukan. Beliau mempelajari bagaimana cara untuk mengasingkan email kerja dan juga email persendirian. Beliau juga mempelajari bagaimana untuk 'copy and paste' dan 'transfer folder' dari komputer ke dalam pendrive.
Usahawan Dodol Mak n'dak Timah
Puan salasiah atau lebih dikenali dengan nama mak N'dak Timah berusia 67 tahun. Beliau merupakan seorang peniaga dodol sejak 30 tahun yang lalu. Pada mulanya tempahan dodol beliau adalah dikalangan orang kampung ini sendiri iaitu Gunung Semanggol. Dodol yang dijual sangan lembut dan digemari dikalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tempahan dodol beliau sering menjadi perhatian oleh bakal-bakal pengantin untuk dijadikan goodies. Pada mulanya dodol ini tersebar luas dari kalangan pengunjung yang datang ke majlis-majlis perkahwinan dan mendapat goodie dodol ini.
Kemudian beliau mendapat tempahan dari kalangan orang dari luar kawasan seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Kini dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia mereka mengambil peluang untuk menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan seperti kelas design sticker dan juga menggunakan internet untuk membuat promosi melalui perniagaan online.Anak dan cucu beliau banyak membantu beliau dari segi mempromosikan dodol ini secara atas talian menggunakan facebook.
Brotherhood Cafe, Gunung Semanggol, Perak
Menu Menarik disini ialah Char Kuew Tiow dan juga western food seperti chicken chop, lamb chop, meetball dan macam-macam lagi.
Kafe Kaslia
Kampung Gunong Semanggol Perak
- Waktu Operasi: 5.00 PM - 12.00 AM
- Dibuka Pada 31 Disember 2017. Kafe ini berkonsepkan rainforest hipster.
- Menu tarikah disini ialah KAri Ikan Sembilang & Talapia Terobang.
Kedai Makan Al- Insyirah
No. 14 Jalan Semanggol
34400 Simpang Empat, Perak.
Kedai Ini menyediakan pelbagai jenis lauk makanan tengahari.
Usahawan Sambal Gesek
Nur Khasanah Binti Bahari
Nur Khasanah merupakan seorang usahawan sambal gesek di Semanggol. Beliau memulakan perniagaan secara kecil kecilan ini sejak belajar di Universiti tetapi beliau tidak mempromotkannya di dalam media sosial. Sejak menjadi ahli PI dan beliau menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan beliau kini meningkatkan promosi sambal gesek beliau melalui media sosial seperti facebook. Beliau menghantar produk baliau di kedai-kedai runcit dan juga membuat promsi di dalam facebook untuk menarik ramai lagi pelanggan.
Celik IT - Azan Bin Zainol
Adik Azan Bin Zainol merupakan seorang pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol. Menurut ibunya, dia seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran. Dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia, Ibu beliau telah mendaftar beliau sebagaia ahli untuk menyertai kelas ICT yang kami jalankan.
Adik Azan telah diberi tunjuk ajar mengenai asas komputer seperti cara untuk buka komputer software dan hardware komputer, carian google, dan asas menaip. Kini adik Azan sudah mahir dalam penggunaan komputer seperti menggunakan google dan juga menaip dengan pantas.
Usahawan Pau Selinsing
Encik Khairulisham telah menjalankan perniagaan Pau Selinsing selama 8 tahun yang lalu. Beliau mula berniaga setelah isterinya berhenti perkhidmatan sebagai kerani sekolah. Beliau berniaga Pau Selinsing di pasar pagi dan juga di pasar malam. Antara pasar malam yang beliau masuk ialah Pasar Malam Kamunting, Pasar Malam Taman Lela, Pasar Malam Taman Mewah dan juga Pasar Pagi Kamunting.
Sebelum ini beliau kurang mempromosikan perniagaan beliau di media sosial. Setelah beliau menjadi ahli pusat Internet 1 Malaysia, beliau telah mempelajari cara untuk mempromosikan perniagaan beliau di media sosial seperti facebook. Setelah mempromosikan perniagaan beliau di facebook ternyata banyak permintaan yang beliau terima seperti tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya. Selain mempromosikan perniagaan di media sosial, Encik Khairulisham juga mempelajari bagaimana untuk mengedit gambar dan juga mencipta kad perniagaan beliau sendiri.
Nooranis Natasha Bt Abdulla
Nooranis Natasha merupakan pelajar tingkatan 3 dari SMK Gunung Semanggol. Beliau menjadi ahli PI Gunung Semanggol pada tahun 2017. Beliau menghadiri kelas-kelas yang dijalankan di PI seperti kelas Microsoft Office, adobe photoshop, basic komputer dan macam-macam lagi. Sebelum penglibatan beliau bersama PI, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer. Tetapi setelah melibatkan diri dalam kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer. Antara kemahiran yang beliau pelajari ialah cara menaip dengan pantas, format dalam penghasilan surat atau kertas kerja, penggunaan excel, mencipta design kreatif dan sebagainya.
Muhammad Abdullah Fahmi Bin Ismail
Beliau merupakan pelajar tahun 6 sekolah Al-Ehya Al-Sharif Semanggol. Sebelum ini beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer hal ini berlaku kerana di sekolah mereka agak terhad dalam pembelajaran berkaitan ICT kerana kekurangan peralatan dan juga komputer. Beliau mendaftar sebagai ahli pusat internet pada tahun 2016, beliau sering menghadiri kelas yang dijalankan oleh pusat internet.
Antara kelas yang beliau sertai ialah asas microsoft office ( Excel, Power Point, Words), Bengkel photoshop dan juga kelas e-learning (kahoot & CATS program). Sebelum ini bahasa inggeris beliau kurang memuaskan, setelah menyertai program cambridge accessible test yang dianjurkan oleh Unimas dengan kerjasama pusat internet, bahasa inggeris beliau kini lebih baik dari sebelum ini.Dengan kejayaan ini beliau berkongsi bersama rakan-rakan dan juga mengajak kawan-kawan beliau untuk belajar di pusat internet bersama.
Usahawan: Encik Fazzril Iskandar Bin Mohamad Saad.
Jenis Perniagaan: Karipap Mr. King
Beliau menjadi ahli pusat internet pada tahun 2017. Sebelum ini beliau hanya menjual secara off line iaitu dengan menjual di pasar-pasar pagi dan malam. Beliau kurang menggunakan media sosial untuk memasarkan perniagaan beliau. Setelah menjadi ahli pusat internet, beliau belajar bagaimana untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam media sosial seperti facebook, Instagram dan juga whatsapp. Beliau belajar cara untuk menarik pelanggan dengan menggunakan ayat-ayat yang kreatif bagi menarik minat penggemar karipap.
Setelah mempromosikan perniagaan beliau dengan menggunakan media sosial, perniagaan beliau kini lebih menjadi tumpuan dan mendapat tempahan dan juga permintaan pelbagai jenis inti karipap yang lain mengikut citarasa pelanggan beliau. Kini KAripap Mr.King menjadi bualan ramai setelah mendapatkan khidmat videography daripada pusat internet gunung semanggol. Setelah memuatnaik video temubual dan juga aktiviti semasa berniaga, pernigaan beliau semakin mendapat perhatian daripada pengguna media sosial terutamanya di facebook.
Puan MAstura Binti Mohammad Noor
Puan Matura berumur 44 tahun merupakan ahli pusat internet sejak tahun 2016. Sebelum ini beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer. Setelah menyertai kelas asas komputer beliau semakin mahir dalm penggunaan komputer. Antara kelas yang beliau sertai di pusat internet ialah microsoft office, penggunaan media sosial dan juga kelas menaip. Setelah beliau mahir dalam penggunaan komputer, beliau dapat menjalankan hobi beliau iaitu memasak dengan mengumpul resepi dan juga menyediakan resepi yang menarik dengan menggunakan komputer untuk dimuat naikkan ke dalam media sosial. Beliau juga sudah mahir dalam copy dan paste gambar dan mengambil maklumat dari internet untuk dijadikan rujukan beliau dalam penyediaan resepi dan juga juadah.
Usahawan: Noratikah Binti Samsuddin
Jenis Perniagaan: Kuih Peneram
Puan Noratikah berumur 26 tahun dan mula berniaga secara kecil kecilan setelah menamatkan pelajaran di Universiti Petronas Perak. Minat dalam pernigaan kini lebih tinggi setelah mendapat sokongan daripada suami dan juga keluarga beliau.Ketika memulakan pernigaan, beliau kurang mempromosikan pernigaan beliau di dalam media sosial dan hanya menjual secara off line.
Setelah menjadi ahli pusat internat pada tahun awal tahun 2018, beliau belajar cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan menggunakan media sosial seperti facebook.Setelah mempromosikan perniagaan beliau di dalam medai sosial, kuih peneram beliau mendapat sambutan ramai terutama di majlis-majlis seperti perkahwinan.Beliau juga banyak mendapat jemputan untuk menggorang kuih peneram di expo-expo terutamanya dalam expo berkaitan keusahaanan.
Usahawan: Hadi Faizal Bin Ahmad
Jenis Perniagaan: Telefon Bimbit & Aksesori
Encik Hadi Faizal berumur 38 tahun merupakan usahawan dalam talian (online) semenjak berberapa tahun yang lepas. Beliau yang berkerja di salah sebuah kedai telefon bimbit di kawasan Taiping telah memulakan langkah beliau selepas beliau berjaya menjual beberapa buah telefon bimbit secara online dan sedikit sebanyak telah membantu beliau dari segi pendapatan yang beliau peroleh dengan berkerja di temapt kerja beliau.
Pada awalnya, beliau tidak menyangka bahawa beliau mampu menjual produk yang terdapat di dalam kedainya itu secara online. Setelah beberapa kali beliau berjaya menjualnya secara online, kini pendapatan beliau semangkin meningkat hari demi hari. Bosnya pula telah memberikan suatu impak positif kepada beliau apabila beliau berjaya menjual telefon bimbit model terbaru sebanyak 5 unit, kini beliau ditugaskan untuk mengendali page Facebook milik kedai di mana beliau bekerja bagi tujuan promosi.
Usahawan: Akram Zuhair
Jenis Perniagaan: Perkhidmatan Merekabentuk Grafik
Akram Zuhair berumur 22 tahun merupakan usahawan dalam talian (online) semenjak berberapa tahun yang lepas. Beliau memulakan perkhidmatan ini selepas beliau menamatkan pengajian beliau di peringkat diploma di Kolej Poly-Tech Mara Cawangan Ipoh setahun yang lepas. Beliau memulakan perkhidmatan beliau dengan hanya mempromosikannya kepada kawan-kawan rapat beliau.
Sejak beliau mendapat nasihat dan tunjuk-ajar dari sini, kini beliau bergiat aktif di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain untuk mempromosikan perkhidmatan beliau. Kini, beliau lebih berjaya dan lebih mahir dalam usaha mempromosikan perkhidmatan rekabentuk grafik itu. Beliau juga pernah ditawarkan untuk merekabentuk grafik sebuah poster design dari syarikat antarabangsa.
Usahawan: Mohamad Firdaus
Jenis Perniagaan: Kasut Terpakai (Bundle)
Mohamad Firdaus yang berumur 27 tahun merupakan usahawan dalam talian (online) semenjak berberapa tahun yang lepas. Beliau memulakan perniagaan ini selepas beliau berminat dengan kecantikan dan keunikan kasut-kasut terpakai yang berjenama dan masih kelihatan seperti baru.
Beliau memulakan perniagaan beliau dengan hanya mempromosikannya kepada kawan-kawan rapat beliau. Sejak beliau mendapat nasihat dan tunjuk-ajar dari sini, kini beliau bergiat aktif di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain untuk mempromosikan perniagaan beliau. Kini, beliau lebih berjaya dan lebih mahir dalam usaha mempromosikan perniagaan kasut bundlenya itu.
Celik IT : Muhammad Adam Eiman Bin Mohd Faizal
Adam Eiman merupakan pelajar berumur 12 Tahun bersekolah di Sekolah RendahKebangsaan Gunung Semanggol. Mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Gunung semanggol 2019 untuk mempelajari asas computer. Sebelum mendapatkan latihan dan kelas dari Pusat Internet, beliau mengakui kurang mahir dalam penggunaan komputer dan mengalami kesukaran untuk melakukan tugasan beliau disebabkan kekurangan asas dalam Komputer setelah beberapa kali menghadirkan diri ke Pusat Internet untuk mendapatkan latihan kini beliau mahir menggunkan komputer. Beliau kini mampu menggunakan Microsoft Words dan Powerpoint dengan baik.
Celik IT : Muhammad Eiman Firdee Bin Mohd Faizal
Muhammad Eiman Firdee merupakan pelajar berumur 14 Tahun. Mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Gunung semanggol pada tahun 2018 untuk mempelajari asas computer. Sebelum mendapatkan latihan dan kelas dari Pusat Internet, beliau mengakui kurang mahir dalam penggunaan komputer namun sangat berminat tentang computer dan teknologi. Setelah beberapa kali menghadirkan diri ke Pusat Internet untuk mendapatkan latihan kini beliau mahir menggunkan komputer. Beliau kini mampu menggunakan Microsoft Office, beberapa aplikasi untuk suntingan video dan gambar secara dalam talian atau bkn atas talian.