KDB/ Advokasi ( Online Grooming, Maklumat Palsu Dan E-Waste)
4 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Program ini dihadiri oleh pelajar dari tingkatan 1 hingga 3 yang telah dipilih oleh pengetuan SMK Semanggol ini sendiri. Antara tujuan program ini diadakan di sini ialah untuk meningkatkan kesedaran dari kalangan pelajar dalam penggunaan internet. Mereka diberi taklimat berkaitan Online Grooming yang mana ianya lebih fokus kepada pelajar-pelajar agar tidak taksub dengan penggunaan internet sehingga menjejaskan pelajaran dan diri sendiri.
Taklimat berkaitan maklumat palsu pula mereka ditekankan agar tidak sewenag-wenagnya mempercayai orang yang mereka kenali di internet seperti dari aplikasi facebook, wechat dan sebagainya. Tambahan lagi, dalam program ini kami juga menyampaikan taklimat berkaitan e-waste atau e-sisa, dimana pelajar-pelajar boleh meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan dengan e-sisa yang boleh menyebabkan kerosakan persekitaran dan mereka dinasihatkan agar menghantar gadget lama yang mereka tidak gunakan lagi untuk diserahkan kepada Pusat internet bagi tujuan pelupusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: