Kelas Pengenalan Microsoft Power Point Dan Presentation
16 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Januari 2017 Kelas Pengenalan Microsoft Power Point telah diadakan bagi pelajar-pelajar dalam linkungan 7-10 tahun. Sebelum memulakan kelas mereka dijamukan dengan video-video berkaitan advokasi atau Klik Dengan Bijak. Video-video yang ditayangkan adalah berunsurkan nasihat dan pengajaran khusus untuk kanak-kanak. Video ini menerapkan pemahaman bagi kanak-kanak dalam penggunaan internet. Pelajar-pelajar juga diberikan sedikit pembentangan daripada tenaga pengajar mengenai Klik Denagn Bijak.
Selesai sahaja tayangan video Klik Dengan Bijak, tenaga pengajar menunjukkan cara-cara bagaimana untuk membuat slide atau pembentangan menggunakan microsoft power point. Pelajar-pelajar juga diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat presentation atau pembentangan di hadapan pelajar lain.
Pada 15 Januari pula, seperti biasa sebelum memulakan kelas mereka akan ditayangkan dengan video-video Klik dengan bijak. Selesai pembentangan video, mereka diberikan latihan praktikal yang diberi tajuk "menarik tahnun baru cina". Mereka menyediakan slide presentation mengikut kretiviti mereka dan mempersiapkan diri untuk membuat persembahan di hadapan rakan-rakan yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: