Karnival Keusahawanan Dan Kebudayaan Banjar 2019
7 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 & 6 Oktober 2019, telah dianjurkan karnival keusahawanan & kebudayaan banjar 2019 yang diinspirasikan oleh NAB Food Industries Sdn Bhd dan Infinite Target Consultancy Sdn Bhd (ITCSB) dengan kerjasama Pertubuhan Keturunan Banjar Perak, Perak FM, Majlis Daerah Kerian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Kolej Komuniti Bagan Serai dan Persatuan Pedagang & Pengusaha Melayu Malaysia. Karnival ini merupakan platform bagi mengetengahkan produk dan perniagaan usahawan tempatan disamping memperkenalkan kebudayaan dan cara hidup keturunan Banjar kepada pihak luar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: