Kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”
9 September 2020 | Aktiviti TerkiniPihak MCMC sedang giat menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’. Terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. Mesej utama kempen ini adalah untuk mendidik masyarakat untuk jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.
Objektif kempen - mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Tema/SloganKempen "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong"/ “Freedom of Speech but not freedom to lie”
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: