Geran Khas Prihatin
26 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniGKP Geran Khas Prihatin mikro RM3000 (GKP 2.0) permohonan daftar baharu bantuan secara one-off ini boleh dibuat hingga 31 Oktober 2020 jika anda merupakan dari Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban yang ada perniagaan. Untuk pemohon GKP 2.0 nanti, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut.
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
- Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: