Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pengerusi PEDi Gunung Semanggol
14 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 May 2022, Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Gunung Semanggol, Encik Sahariman Bin Abdul Manap telah mengadakan majlis jamuan hari raya yang bertempat di perkarangan rumahnya di Taman Semanggol Permai yang hanya bersebelahan dengan PEDi. Acara ini berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 6.30 petang dan dihadiri petugas-petugas PEDi Perak; PEDi Gunung Semanggol, PEDi Padang Rengas dan PEDi Changkat Jering. Majlis yang diadakan anjuran bersama pertubuhan dan persatuan komuniti-komuniti sekitar yang antaranya adalah Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Kerian, Pertubuhan Keturunan Banjar Perak, Persatuan Penduduk Taman Semanggol Permai dan Tabika Kemas Gunung Semanggol ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti buaian tradisi masyarakat banjar iaitu ‘pukung’ iaitu tradisi bayi-bayi berumur bawah setahun ditidurkan dalam buaian dalam keadaan seperti duduk menegak. Menurut masyarakat di sini, bayi akan dapat tidur dengan lebih nyenyak dan lama dengan cara ini. Majlis jamuan makan dan aktiviti keraian ini mendapat liputan media Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang telahpun menjalankan aktiviti penggambaran sepanjang majlis berlangsung dan menemuramah En Sahariman selaku wakil komuniti dari kawasan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: