Program Pemerkasaan dan Transformasi Pusat Ekonomi Digital Negeri Perak
24 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 March – 23 March 2022 telah dilaksanakan program pemerkasaan dan Transformasi Pusat Ekonomi Digital Kelurga Malaysia. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri oleh para petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri perak secara bersemuka dan secara maya, sesi bersemuka dihadiri oleh pengurus PEDi manakala sesi maya telah dihadiri oleh penolong pengurus. Program ini bertujuan sebagai platform mengkoordinasi peranan serta hala tuju PEDi agar tindakan dan pelaksanaan aktiviti yang dirancang adalah selari dengan matlamat transformasi yang telah dirancang. Turut hadir pada program ini juga Yang Berhormat Encik Khairul Shahril Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak bagi sesi dialog dan ramah mesra bersama para petugas PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: