Pendaftaran Temujanji Imigresen
4 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPuan Rahina Bt Abdul Wahab merupakan penduduk Gunung Semanggol dan menggunakan pelbagai fasiliti yang disediakan di PEDi. Beliau telah memaklumkan kepada staff PEDi untuk membuat temujanji imigresen bagi memperbaharui tempoh visa anaknya. Beliau meminta bantuan staff PEDi kerana beliau tidak mempunyai kemahiran di dalam menggunakan aplikasi dan perisian komputer.
Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari staff PEDi, beliau kini berjaya menempah temujanji di laman web imigresen iaitu STO 2.0.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: