Kelas Speed Typing
3 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari ini telah diadakan Kelas Speed Typing bersama ahli PEDi Gunung Semanggol. Kelas ini adalah bertujuan untuk mempelajari kemahiran menaip dengan pantas. Seramai 6 orang yang terdiri daripada ahli PEDi telah menghadiri kelas ini.
Kelas ini dimulakan dengan latihan menetapkan jari pada papan kekunci dengan cara yang betul. Latihan ini merupakan sebagai pengenalan bagi memulakan sesi menaip dengan pantas menggunakan komputer.
Selepas itu, mereka akan diuji dengan melakukan beberapa ujian mengikut tahap mudah, sederhana dan sukar. Kemahiran menaip boleh diuji berdasarkan jumlah perkataan yang ditaip dalam masa 1 minit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: