STEM: Model Paru-Paru
10 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari ini, PEDi Gunung Semanggol telah mengadakan aktiviti STEM bersama pelajar sekitar Gunung Semanggol. Pada kali ini, pelajar telah dibimbing untuk merekacipta model paru-paru manusia menggunakan bahan-bahan seperti belon, kertas, straw dan pita pelekat.
Para pelajar juga diperkenalkan dengan organ penting yang membantu manusia untuk bernafas. Kemudian mereka juga telah memberi sedikit persembahan dan pengenalan di dalam model yang dibina.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: