Kelas Asas Shopee Bersama Usahawan PEDi
6 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 Feb 2024 telah diadakan kelas bimbingan asas Shopee kepada usahawan PEDi Gunung Semanggol. Puan Farhana merupakan pengusaha choco jar atas nama perniagaan Akak Cokelat. Beliau kini ingin memasarkan produknya ke peringkat lebih atas dengan memasarkan dan menjualnya di platform Shopee.
Pada hari ini, staf PEDi telah membimbing beliau untuk memulakan perniagaan atas talian melalui memasukkan produk sehingga proses pengeposan kepada pelanggan.
Semoga produk usahawan kita berjaya hingga ke peringkat antarabangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: