Program JIWA MADANI (SEPAKAT) KM MADANI Gunung Semanggol A dengan Kerjasama Majlis Keselamatan Negara Perak "Pakat Mai Nahh!!" Peringkat Mukim Gunung Semanggol 2024 bersama Jabatan Penerangan Daerah Kerian
14 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2024 yang lalu telah berlangsung Program JIWA MADANI (SEPAKAT) KM MADANI Gunung Semanggol A dengan Kerjasama Majlis Keselamatan Negara Perak "Pakat Mai Nahh!!" Peringkat Mukim Gunung Semanggol 2024 bersama Jabatan Penerangan Daerah Kerian di perkarangan Balai Raya Kampung Padang Lalang, Semanggol.
Program ini telah menggabungkan beberapa agensi seperti KPDNHEP, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, JKR, APM, Bomba, KEMAS dan PDRM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti gotong-royong memasak bubur asyura oleh pihak KEMAS, pertandingan sukaneka rakyat, pertandingan mewarna kanak-kanak KEMAS, pameran agensi, pemeriksaaan kesihatan secara percuma, demonstrasi penangkapan ular oleh pihak APM Kerian.
Program telah dirasmikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Perak, Ybrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria. Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Kerian, Penghulu Mukim Parit Buntar dan Pengerusi KM MADANI Gunung Semanggol A serta Pengerusi JPKK Kampung Padang Lalang.
Penyerahan kotak makanan kepada asnaf yang ditaja oleh Yayasan Perak turut sama diberikan kepada penduduk kampung. Program juga diserikan dengan slot cabutan bertuah yang ditaja oleh pihak terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: