Projek STEM: Recycle Dustbin
28 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2024, NADI Gunung Semanggol telah mengadakan aktiviti STEM bersama pelajar-pelajar yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun.
Aktiviti kali ini adalah membina recycle dustbin sambil mengenal jenis-jenis tong sampah kitar semula yang digunakan untuk mengasingkan bahan terbuang mengikut jenis bahan. Setiap pelajar diberikan bahan masing-masing dan perlu membina recycle dustbin tersebut mengikut manual yang telah diberikan.
Projek STEM ini dapat menguji kefahaman pelajar di dalam membina sesuatu objek mengikut panduan yang diberikan serta dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: