Hari Bersama Komuniti@Mukim Semanggol
6 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2024, NaDi Gunung Semanggol telah bekerjasama dengan Pejabat Penghulu Mukim Gunung Semanggol untuk mengadakan Hari Bersama Komuniti@Mukim Semanggol.
Terdapat beberapa kaunter bergerak dari pelbagai agensi telah dibuka pada hari tersebut seperti TNB, KWSP, Tabung Haji, Tabung PTPTN, KPDN, Majlis Daerah Kerian, Pejabat Tanah Daerah Kerian, Baitulmal, KKM dan PADU.
Pada hari tersebut juga telah diadakan penyerahan kotak makanan kepada penerima yang melibatkan 5 buat kampung. NaDi Gunung Semanggol telah diberi amanah untuk mempengerusikan majlis tersebut dengan kehadiran Orang Besar Jajahan Daerah Kerian, YBhg Orang Kaya Kaya Syahbandar Paduka Indera Dato’ Ahmad Raziff bin Dato’ Seri Mohammed Zulkifli.
Bagi memeriahkan Hari Bersama Komuniti ini, telah diadakan gunting rambut secara percuma sempena program Back to School kepada anak-anak yang akan memulakan persekolahan tidak lama lagi.
Program Jualan Rahmah juga telah diadakan pada hari tersebut bagi membantu meringankan perbelanjaan komuniti Gunung Semanggol sebelum bulan Ramadhan yang bakal disambut tidak lama lagi. Program ini juga menerima kunjungan dari ADUN Gunung Semanggol, YB Tuan Haji Razman Zakaria yang turut sama-sama memeriahkan aktiviti sambal berkongsi jadual berbuka puasa kepada penduduk sekitar yang hadir pada program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: