Kelas Microsoft Word: Dewasa
6 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei yang lalu telah diadakan Kelas Microsoft Word kategori dewasa kepada komuniti Gunung Semanggol. Kelas pada hari ini adalah bagi membimbing asas pengunaan Microsoft Word kepada semua peserta.
Modul yang telah disediakan oleh pihak NADI telah diberikan kepada semua peserta untuk dijadikan rujukan bagi memastikan setiap penggunaan di dalam perisiana ini dipelajari.
Staf NADI telah memfokuskan kepada penghasilan surat rasmi di mana pembelajaran surat rasmi akan merangkumi banyak penggunaan Microsoft Word. Contohnya seperti memasukkan gambar, pemilihan font, penggunaan tab dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: