Hari Mesra Pelanggan Kerjasama Komuniti MADANI Gunung Semanggol C
13 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2024, NADI Gunung Semanggol telah bekerjasama dengan Pejabat Penghulu Mukim Gunung Semanggol mengadakan Program Hari Mesra Pelanggan anjuran Komuniti MADANI Gunung Semanggol C.
Di antara aktiviti yang dijalankan adalah mengadakan saringan kesihatan kepada semua Pengerusi JPKK Mukim Gunung Semanggol dan komuniti setempat. Selain itu, pendaftaran ahli NADI secara percuma turut diadakan kepada semua komuniti Gunung Semanggol.
Pendaftaran ini membolehkan komuniti yang berdaftar dapat menikmati pelbagai perkhidmatan dan kursus yang dijalankan oleh pihak NADI secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: