Pembukaan Kaunter Bergerak KWSP Parit Buntar
16 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2024, pihak KWSP Parit Buntar telah mengadakan sesi pembukaan kaunter bergerak di NADI Gunung Semanggol.
Pelbagai perkhidmatan telah disediakan oleh pihak KWSP seperti I-Suri, I-Lindung, I-Akaun dan sebagainya. Kaunter bergerak ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada komuniti di dalam membuat urusan bersama pihak KWSP.
Terima kasih diucapkan kepada pihak KWSP Parit Buntar kerana memudahkan urusan komuniti Gunung Semanggol.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: